Sunday, April 4, 2010

1 Tahun: Merealisasikan 1 Malaysia, Memperkukuhkan Ekonomi, Memperkukuhkan Kerajaan. Itulah Kejayaan pertama PM kita.


Assalamualaikum wbt..
Sudah lama rasanya saya membiarkan laman blog ini tidak 'update'.
Tutup pejam mata, sedar atau tidak, sudah satu tahun Perdana Menteri kita, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia kita.

Jika kita lihat dan kaji, sepanjang tempoh satu tahun ini, terdapat banyak perkara yang telah diselesaikan oleh PM kita ini. Juga terdapat banyak dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh beliau untuk memantapkan lagi pengurusan sistem pentadbiran negara kita.

Perkara yang paling patot kita semua puji terhadap beliau adalah, diumumkan bahawa negara kita sudah terkeluar dari masalah kegawatan ekonomi dan gejala 'tsunami politik'. Ini telah menjaminkan suatu suasana yang komprenhensif untuk semua rakyat Malaysia. Ini baru setahun kita dibawah YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Apakah kita semua akan dapat merasai kenikmatan yand dikecapi melalui kejayaan Kerajaan Malaysia pada masa akan datang? Saya amat berkeyakinan bahawa, Malaysia dibawah YAB Najib, akan sentiasa makmur dan sejahtera.

Wahai Perdana Menteri ku, teruskanlah perjuangan mu untuk kebaikan rakyat Malaysia.
Salam 1 Malaysia daripada saya.