Tuesday, September 27, 2011

Peringatan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Amat tersentuh apabila membaca ruangan akhbar hari ini, berkaitan peringatan tanggungjawab Raja-Raja Melayu di Malaysia ini. Amat mendukacitakan , masih terdapat pihak yang lupa dan alpa akan perkara ini. Hanya sebab kepentingan politik, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Jika kita lihat kembali, terdapat beberapa isu sensitif telah dibangkitkan oleh beberapa pihak dengn menyentuh isu sensitif ini. Kita lihat kembali kronologi isu-isu sensitif yang telah dibangkitkan oleh dalang petualang negara, antaranya :

1) Penggunaan kalimah "Allah" dalam artikel bulanan gereja. (PAS kata tak apa)

2) Meminta azan diperlahankan di kawasan perumahan Seputeh.

3) Memuliakan komunis sebagai "hero" sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

4) Memutar belitkan sejarah negara.

5) Ingin mengantikan Jalur Gemilang dengan bendera yang baru.

6) Dan yang terbaru isu Hudud di Kelantan.

Jika kita kaji kembali, semua isu berkaitan dengan isu-isu sensitif ini sengaja disentuh oleh pihak-pihak tertentu, terutamanya dari pihak parti Pembangkang. Mereka seolah-olah sudah tiada semangat cintakan negara, dan anggap mereka sebagai 'hero' Malaysia. Kononnya ingin selamatkan Malaysia, padahal mereka lah petualang yang akan merosakkan Malaysia satu hari nanti. Saya yakin dan amat pasti, jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, negara akan menjadi huru-hara disebabkan pergaduhan sesama mereka dalam menentukan jawatan tertinggi kerajaan. Dan ini akan menjejaskan negara satu hari nanti.

Jika betul la Pakatan Rakyat ini ikhlas dalam memperjuangkan hak dan suara rakyat, saya minta mereka daftar pakatan ini sebagai sebuah pakatan yang sah, dan ada manifesto mereka sendiri dalam membentuk kerajaan. Ini tidak, Pas kata Negara Berkebajikan ( dia ckp dalam Al-Quran takde sebut negara Islam.. ), PKR cakap Buku Jingga sebagai panduan, dan DAP pulak cakap Malaysian Malaysia. Mana satu ni? Sudah jelas lagi mahu bersuluh, mereka semua ini tidak sebulu dan sehaluan, malahan mereka selama ini berpura-pura dan menipu rakyat semasa PRU12 dahulu. Apa yang lagi menyedihkannya, DAP telah berjaya menggunakan Islam melalui PAS dalam usaha memancing undi umat Islam. Subhanallah. Bukakanlah hati Nik Aziz dan Hadi Awang untuk bersama-sama dengan UMNO dalam merancakkan ekonomi dan pembangunan Malaysia. Amin.

Renung-renungkanlah.
Salam.

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 Malaysia!







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya sebagai seorang pewaris bangsa negara Malaysia ini, ingin mengucapkan selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 53! Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan di atas bumi Malaysia ini. Ingin saya berkongsi beberapa kisah yang berjaya menarik perhatian saya sempena hari Kemerdekaan ini.Ayah saya merupakan seorang anggota polis dan mula berkhidmat seawal tahun 60an'. Beliau merupakan salah seorang pegawai polis yang ditempatkan di hutan belantara di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Beliau ditugaskan untuk menembak komunis yang cuba masuk ke Malaysia ketika itu. Beliau telah berkongsi pengalaman dengan saya, bahawa bertapa peritnya untuk mempertahankan negara kita dari ancaman komunis ini. Rakan baik beliau juga telah ditembak semasa dalam operasi memburu komunis. Ingin saya mengatakan bahawa keamanan pada hari ini, tidak semudah yang kita anggap untuk dikecapi.Nenek moyang kita hidup dengan penuh ketakutan, dan penghinaan pada suatu ketika dahulu. Kita pada hari ini, hidup dengan penuh kesempurnaan, kekayaan dan keselesaan. Janganlah kita lupa akan jasa nenek moyang kita pada suatu ketika dahulu.


P/S: Jangan biarkan "komunis" zaman sekarang untuk cuba menakluk tampuk kuasa negara kita ini. Jika suatu hari nanti mereka berjaya menawan, maka kita akan kembali pada zaman dahulu balik. Hidup penuh dengan ketakutan dan kehinaan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53!
I LOVE MALAYSIA!


Wednesday, July 7, 2010

Pemikiran Orang Melayu Sekarang.



Sumber:Salah sebuah gambar dalam Group di Facebook.
Sila Baca apa yang ditulis didalam gambar di atas.
Terdapat perkataan "Make Malay Race Supreme", "Increase Peruntukan Melayu"
Amat sedih apabila melihat ramai orang yang komen gambar tersebut terdiri daripada orang Melayu sendiri. Melihat mereka komen 'nice picture' dan sebagainya.
Adakah ini pilihan masyarakat Melayu sekarang? Mereka lupa dan alpa dari mana datangnya kesenangan yang dinikmati pada hari ini.

Saya tidak hairan jika satu hari nanti, kita menjadi seperti mana di Singapura.