Wednesday, May 30, 2012

Jangan Pertaruh Nasib Negara









"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?- Tunku Abdul Aziz


Saya tertarik dengan halaman utama Utusan Malaysia semalam, berkenaan dengan statement yang dikeluarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Sudah terang lagi bersuluh, itulah perumpamaan Melayu yang sesuai digunakan untuk para penyokong Pakatan Rakyat sekarang.


Kita sudah jelas dengan pendirian PR iaitu janji Barisan Nasional (BN) Kalah dalam PRU akan datang. Tetapi, jikalau angan-angan mat jenin mereka tercapai, apakah resolusi tentang pembahagian jawatan dalam Kabinet jika mereka mentadbiran Kerajaan Persekutuan?


Betul dan pastikah kita Anwar Ibrahim yang akan menerajui kerusi Perdana Menteri? Adakah orang seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak mahukan jawatan tersebut? Betul lah apa yang dikatakan oleh Tunku Abdul Aziz, mereka sampai harini tidak mampu untuk mengeluarkan satu kabinet bayangan jika mereka berjaya menerajui Kerajaan Persekutuan.


Tidak perlulah kita tengok pada angan-angan mat jenin ni, kita tengok lah macam mana apa yang terjadi pada suatu masa ketika dahulu dimana ada pertelengahan antara mereka dalam menentukan siapakah yang akan memegang jawatan Menteri Besar Perak pada suatu masa dahulu. Dap mula menunjukkan "taring' nya ketika itu, tetapi ia dibatasi dengan syarat dibawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak iaitu mensyaratkan hanya wakil rakyat Melayu beragama Islam sahaja boleh menyandang kerusi Menteri Besar Perak. Ketika itu, DAP telah memenangi kerusi DUN sebanyak 18 kerusi, manakala PKR 8 kerusi dan 7kerusi dari PAS. Ini sudah jelas dan nyata bahawa, baru di peringkat negeri pun mereka sudah bertelagah untuk menentukan siapa jadi ketua, inikan sudah untuk pembahagian jawatan di peringkat kabinet Persekutuan.


Ingatlah, jika benar Pakatan Rakyat (PR) ini ikhlas untuk berjuang demi rakyat, saya memohon agar mereka mendaftar sebagai satu perikatan yang sah, dan mengeluarkan portfolio dan piagam mereka sendiri. Baru lah rakyat lebih yakin mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak rakyat. Jika sampai hari ini mereka masih gagal berbuat demikian, ini jelas menunjukkan mereka selama ini menipu rakyat, mereka hanya bersatu hanya memperjuangkan kepentingan individu-individu tertentu didalam PR ini. 


Renungkanlah wahai rakyat Malaysia, ingatlah janganlah menaruh nasib negara dengan memberi mandat kepada mereka yang terang-terang menipu rakyat dan telah banyak membawa kekecohan kepada negara kita ini. 


Salam.

No comments: