Tuesday, September 27, 2011

Peringatan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Amat tersentuh apabila membaca ruangan akhbar hari ini, berkaitan peringatan tanggungjawab Raja-Raja Melayu di Malaysia ini. Amat mendukacitakan , masih terdapat pihak yang lupa dan alpa akan perkara ini. Hanya sebab kepentingan politik, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Jika kita lihat kembali, terdapat beberapa isu sensitif telah dibangkitkan oleh beberapa pihak dengn menyentuh isu sensitif ini. Kita lihat kembali kronologi isu-isu sensitif yang telah dibangkitkan oleh dalang petualang negara, antaranya :

1) Penggunaan kalimah "Allah" dalam artikel bulanan gereja. (PAS kata tak apa)

2) Meminta azan diperlahankan di kawasan perumahan Seputeh.

3) Memuliakan komunis sebagai "hero" sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

4) Memutar belitkan sejarah negara.

5) Ingin mengantikan Jalur Gemilang dengan bendera yang baru.

6) Dan yang terbaru isu Hudud di Kelantan.

Jika kita kaji kembali, semua isu berkaitan dengan isu-isu sensitif ini sengaja disentuh oleh pihak-pihak tertentu, terutamanya dari pihak parti Pembangkang. Mereka seolah-olah sudah tiada semangat cintakan negara, dan anggap mereka sebagai 'hero' Malaysia. Kononnya ingin selamatkan Malaysia, padahal mereka lah petualang yang akan merosakkan Malaysia satu hari nanti. Saya yakin dan amat pasti, jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, negara akan menjadi huru-hara disebabkan pergaduhan sesama mereka dalam menentukan jawatan tertinggi kerajaan. Dan ini akan menjejaskan negara satu hari nanti.

Jika betul la Pakatan Rakyat ini ikhlas dalam memperjuangkan hak dan suara rakyat, saya minta mereka daftar pakatan ini sebagai sebuah pakatan yang sah, dan ada manifesto mereka sendiri dalam membentuk kerajaan. Ini tidak, Pas kata Negara Berkebajikan ( dia ckp dalam Al-Quran takde sebut negara Islam.. ), PKR cakap Buku Jingga sebagai panduan, dan DAP pulak cakap Malaysian Malaysia. Mana satu ni? Sudah jelas lagi mahu bersuluh, mereka semua ini tidak sebulu dan sehaluan, malahan mereka selama ini berpura-pura dan menipu rakyat semasa PRU12 dahulu. Apa yang lagi menyedihkannya, DAP telah berjaya menggunakan Islam melalui PAS dalam usaha memancing undi umat Islam. Subhanallah. Bukakanlah hati Nik Aziz dan Hadi Awang untuk bersama-sama dengan UMNO dalam merancakkan ekonomi dan pembangunan Malaysia. Amin.

Renung-renungkanlah.
Salam.

No comments: