Sunday, May 9, 2010

Melayu di Pulau Pinang- Ibarat menumpang di negara sendiri.

Salam dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Melayu P.Pinang anjuran UMNO P.Pinang. Antara perkara yang disentuh beliau ialah, tentang keadaaan dan kedudukan Melayu di P.Pinang. Beliau menyeru Melayu untuk bersama-sama mewujudkan satu 'ekosistem' ekonomi dikalangan mereka sendiri.

Beliau juga menyalurkan sumbangan dana untuk yayasan sedia ada di Pulau Pinang untuk membantu meningkatkan penyertaan dan keupayaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Jikalau kita fikirkan, mengapakah beliau berbuat begitu? Mengapa beliau tidak berbuat sedemikian di negeri-negeri lain? Ini kerana, beliau sedar bahawa Melayu di P.Pinang tidak mendapat hak pembelaan sepatutnya oleh Kerajaan P.Pinang.

Jadi, persoalan nya di sini, apakah orang Melayu di P.Pinang masih tidak sedar dan nampak akan kesilapan yang mereka sebelum ini? Adakah Kerajaan Pakatan Haram berjaya melaksanakan segala manifesto semasa pilihan raya umum dahulu? Menurut PM,tidak semua orang Melayu di P.Pinang mampu untuk memiliki rumah di P.Pinang. Tambahan pula, terdapat barisan kedai-kedai peniaga melayu di P.Pinang telah dirobohkan oleh kerajaan negeri.

Adakah Kerajaan Pakataan Haram ini masih relevan untuk membela nasib semua kaum? Kononnya mereka mengatakan UMNO tu, parti perkauman, tetapi adakah mereka sedar bahawa mereka lebih dasyat. Kita hanya perlu lihat P.Pinang sahajalah, adakah nasib kaum Melayu terbela? Masyarakat Melayu di P.Pianang umpama menumpang di negara sendiri. Lagu tu laa hang dapat kalau hang pangkah Roket. ;)