Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 Malaysia!







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya sebagai seorang pewaris bangsa negara Malaysia ini, ingin mengucapkan selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 53! Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan di atas bumi Malaysia ini. Ingin saya berkongsi beberapa kisah yang berjaya menarik perhatian saya sempena hari Kemerdekaan ini.Ayah saya merupakan seorang anggota polis dan mula berkhidmat seawal tahun 60an'. Beliau merupakan salah seorang pegawai polis yang ditempatkan di hutan belantara di Kelantan, Sabah dan Sarawak. Beliau ditugaskan untuk menembak komunis yang cuba masuk ke Malaysia ketika itu. Beliau telah berkongsi pengalaman dengan saya, bahawa bertapa peritnya untuk mempertahankan negara kita dari ancaman komunis ini. Rakan baik beliau juga telah ditembak semasa dalam operasi memburu komunis. Ingin saya mengatakan bahawa keamanan pada hari ini, tidak semudah yang kita anggap untuk dikecapi.Nenek moyang kita hidup dengan penuh ketakutan, dan penghinaan pada suatu ketika dahulu. Kita pada hari ini, hidup dengan penuh kesempurnaan, kekayaan dan keselesaan. Janganlah kita lupa akan jasa nenek moyang kita pada suatu ketika dahulu.


P/S: Jangan biarkan "komunis" zaman sekarang untuk cuba menakluk tampuk kuasa negara kita ini. Jika suatu hari nanti mereka berjaya menawan, maka kita akan kembali pada zaman dahulu balik. Hidup penuh dengan ketakutan dan kehinaan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53!
I LOVE MALAYSIA!


Wednesday, July 7, 2010

Pemikiran Orang Melayu Sekarang.



Sumber:Salah sebuah gambar dalam Group di Facebook.
Sila Baca apa yang ditulis didalam gambar di atas.
Terdapat perkataan "Make Malay Race Supreme", "Increase Peruntukan Melayu"
Amat sedih apabila melihat ramai orang yang komen gambar tersebut terdiri daripada orang Melayu sendiri. Melihat mereka komen 'nice picture' dan sebagainya.
Adakah ini pilihan masyarakat Melayu sekarang? Mereka lupa dan alpa dari mana datangnya kesenangan yang dinikmati pada hari ini.

Saya tidak hairan jika satu hari nanti, kita menjadi seperti mana di Singapura.

Sunday, May 9, 2010

Melayu di Pulau Pinang- Ibarat menumpang di negara sendiri.

Salam dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini, Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Konvensyen Ekonomi Melayu P.Pinang anjuran UMNO P.Pinang. Antara perkara yang disentuh beliau ialah, tentang keadaaan dan kedudukan Melayu di P.Pinang. Beliau menyeru Melayu untuk bersama-sama mewujudkan satu 'ekosistem' ekonomi dikalangan mereka sendiri.

Beliau juga menyalurkan sumbangan dana untuk yayasan sedia ada di Pulau Pinang untuk membantu meningkatkan penyertaan dan keupayaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Jikalau kita fikirkan, mengapakah beliau berbuat begitu? Mengapa beliau tidak berbuat sedemikian di negeri-negeri lain? Ini kerana, beliau sedar bahawa Melayu di P.Pinang tidak mendapat hak pembelaan sepatutnya oleh Kerajaan P.Pinang.

Jadi, persoalan nya di sini, apakah orang Melayu di P.Pinang masih tidak sedar dan nampak akan kesilapan yang mereka sebelum ini? Adakah Kerajaan Pakatan Haram berjaya melaksanakan segala manifesto semasa pilihan raya umum dahulu? Menurut PM,tidak semua orang Melayu di P.Pinang mampu untuk memiliki rumah di P.Pinang. Tambahan pula, terdapat barisan kedai-kedai peniaga melayu di P.Pinang telah dirobohkan oleh kerajaan negeri.

Adakah Kerajaan Pakataan Haram ini masih relevan untuk membela nasib semua kaum? Kononnya mereka mengatakan UMNO tu, parti perkauman, tetapi adakah mereka sedar bahawa mereka lebih dasyat. Kita hanya perlu lihat P.Pinang sahajalah, adakah nasib kaum Melayu terbela? Masyarakat Melayu di P.Pianang umpama menumpang di negara sendiri. Lagu tu laa hang dapat kalau hang pangkah Roket. ;)

Sunday, April 4, 2010

1 Tahun: Merealisasikan 1 Malaysia, Memperkukuhkan Ekonomi, Memperkukuhkan Kerajaan. Itulah Kejayaan pertama PM kita.


Assalamualaikum wbt..
Sudah lama rasanya saya membiarkan laman blog ini tidak 'update'.
Tutup pejam mata, sedar atau tidak, sudah satu tahun Perdana Menteri kita, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia kita.

Jika kita lihat dan kaji, sepanjang tempoh satu tahun ini, terdapat banyak perkara yang telah diselesaikan oleh PM kita ini. Juga terdapat banyak dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh beliau untuk memantapkan lagi pengurusan sistem pentadbiran negara kita.

Perkara yang paling patot kita semua puji terhadap beliau adalah, diumumkan bahawa negara kita sudah terkeluar dari masalah kegawatan ekonomi dan gejala 'tsunami politik'. Ini telah menjaminkan suatu suasana yang komprenhensif untuk semua rakyat Malaysia. Ini baru setahun kita dibawah YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Apakah kita semua akan dapat merasai kenikmatan yand dikecapi melalui kejayaan Kerajaan Malaysia pada masa akan datang? Saya amat berkeyakinan bahawa, Malaysia dibawah YAB Najib, akan sentiasa makmur dan sejahtera.

Wahai Perdana Menteri ku, teruskanlah perjuangan mu untuk kebaikan rakyat Malaysia.
Salam 1 Malaysia daripada saya.

Wednesday, January 27, 2010

Keretakan Dalam PKR





Asslamualaikum w.b.t

Hari ini kita dapat melihat satu lagi kebenaran yang muncul.Terbukti sudah bahawa sebelum ini Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang kononnya hebat gah di atas, akhirnya terbocor juga konflik dalaman yang berlaku dalam parti mereka. Jika sebelum ini, parti ini begitu hebat melontarkan fitnah, hasutan rakyat terhadap UMNO, kita sekali lagi dapat melihatkan satu tragedi terbaru dalam parti itu sendiri.

Ini terbukti bahawa ahli-ahli dalam PKR sudah lagi tidak tahan akan menjadi orang bawah telunjuk Anwar Ibrahim.Jika dahulu Anwar menjanjikan kepada ahli-ahli PKR bahawa parti itu untuk membela nasib rakyat, dan tidak melupakan untuk memepertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu, tetapi pada hari ini, tahun ini, dengan izin Tuhan, kita dapat lihat dan menilai sendiri bahawa itu sume hanyalah kata-kata omong kosong oleh Anwar untuk meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi beliau.

Hari ini kita dapat lihat bahawa pemimpin di dalam PKR yang beragama Islam mula merasa diri mereka ditipu dan mereka nampak helah Anwar sebelum ini. Anwar seolah-olah sanggup menggadaikan segalanya hanya untuk kepentingan diri sendiri dan gilakan kuasa. Jadi saya menyeru seluruh masyarakat Melayu beragama Islam, bangkitlah dari lena tido, kerana hak kita itu tidak akan kekal selamanya sekiranya kita tidak lindunginya mula dari hari ini.

SALAM