Saturday, December 5, 2009

Wakil rakyat bukan Islam Dari PKR takbir raya?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Baru-Baru ini kita digemparkan dengan isu yang terbaru yang mengatakan bahawa terdapat ADUN bukan Islam dari parti PKR turut menyertai sama dengan umat Islam yang lain bersama-sama melaungkan takbir raya adiladha baru-baru ini. Sila klik link dibawah untuk memontonya:

http://www.youtube.com/watch?v=NmH6LBbLkCY

Masyallah, saya cukup terkejut dengan beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan akidah terhadap masyarakat Islam kita di Malaysia ini utamanya di kalangan ahli politik. Antaranya:

1) Doa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat untuk hapuskan masa depan Perdana Menteri kita hanya kerana tidak mendapat royalti minyak untuk Negeri Kelantan.

2) Doa terbaru oleh Tok Guru kepada PM lagi sekali untuk 'pecah perut' lagi disebabkan oleh royalti minyak.

3) Penyertaan ADUN dari PKR bukan Islam bersama umat Islam yang lain melaungkan takbir raya baru-baru ini.



Sudah amat jelas sekali, Pakatan Rakyat tidak lagi menjaga sensitiviti rakyat di negara ini.Memperlekehkan dan mengelirukan rakyat dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti dalam Islam.Ini menunjukkan ADUN ini amat memandang rendah akan Islam dengan memperalatkannya hanya kepentingan politik-nya. Tidakkah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang beragama Islam tidak merasai bahawa agama mereka mudah diperlekehkan oleh rakan bukan Islam mereka dalam pakatan semata-mata ingin mencapai matlamat dalam politik. Jikalau mereka masih lagi tidak nampak dan tidak jelas lagi, maka memang terang-teranglah menunjukkan Islam bukan perkara utama dalam konsep negara dibawah Pakatan Rakyat.

p/s: Bangkitlah, sedarlah wahai saudara-saudara ku diluar sana. Jangan hanya sebab ketamakan, kuasa, dan kekayaaan membuatkan kita sanggup bekerjasama dengan pengkhianat bangsa kita sanggup gadaikan hak dan keistimewaan kita.

No comments: