Tuesday, November 10, 2009

Ronnie Liu's 'hidden agenda' ?





Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Pada pertamanya sekali, saya tertarik dengan berita di Utusan Malaysia hari ini, mengatakan bahawa terdapat tuduhan bahawa ahli Exco Selangor, Ronnie Liu ada berjumpa dengan Chin Peng dan pernah membantu Parti Komunis Malaya.
Walaupun isu ini dinafikan oleh Ronnie Liu sekali pun, tetapi ia tetap menjadi keraguan saya terhadap keikhlasan beliau dalam menerajui kerusi wakil rakyat di Selangor.

Kita juga sedia maklum bahawa DAP ini sebuah parti yang konsepnya lebih kurang dengan konsep parti PAP di Singapura. Prinsip Malaysian Malaysia menjadi prinsip utama mereka, iaitu prinsip atau konsep sama rata dikalangan rakyat Malaysia. Adakah wakil rakyat dari DAP seperti Ronnie Liu ini mempunyai agenda tersendiri dalam menerajui sebagai ahli exco Selangor? Beliau juga dikatakan antara pemimpin DAP yang berjumpa dengan Chin Peng semasa hari kemerdekaan negara dan beliau juga antara pemimpin yang mendesak supaya Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan di negara ini.Apakah kaitan beliau dengan Chin Peng? Adakah Chin Peng ini pemimpin tertinggi dalam DAP atau pemimpin-pemimpin DAP 'dikawal' oleh Chin Peng?

Kita sudah sedia maklum dan kenal akan siapakah Chin Peng ini. Kenapa kita nk sibuk sangat dengan memperjuangkan Chin Peng ini sebagai pejuang kemerdekaan? Layakkah dia digelar sebegitu? Kita jangan lupa, suatu ketika dahulu, nenek moyang kita dibunuh, dirogol dan diseksa dengan kejam oleh Komunis ini. Adakah kita senang pada hari ini sampai kita lupa hal-hal sebelum ini? Ingat, suatu ketika dahulu, Malaysia ini digelar sebagai Tanah Melayu. Jangan sesekali kita menolak tentang hak-hak mutlak kita, dan kita seharusnya mempertahankannya.

SHAH ALAM 9 Nov. – Exco Selangor, Ronnie Liu menafikan pernah terlibat membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum ini.

Beliau juga tidak pernah mengadakan sebarang hubungan atau menyalurkan bantuan kepada PKM sama ada dalam bentuk tenaga, makanan atau ubat-ubatan seperti yang didakwa oleh sebuah laman blog http://unspinners.blogspot.com

Sambil menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali, beliau berkata, ia hanya bertujuan menjatuhkan imejnya sebagai wakil rakyat di Selangor.

Beliau turut menolak dakwaan pernah bertemu bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng di sempadan Thailand seperti yang didakwa.

“Saya tak tahu menahu mengenai perkara ini. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti PKM. Saya ingat ini satu tuduhan terhadap saya yang mempunyai motif tertentu.

“Saya tidak pelik kerana sebelum ini terdapat pelbagai dakwaan mengaitkan saya dalam perkara tidak baik seperti mengarahkan mendiang Teoh Beng Hock dibunuh serta mempunyai hubungan dengan kongsi gelap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam blog berkenaan bahawa beliau pernah membantu membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya kepada PKM di hutan sebelum ini.

Malah, Ronnie juga dikatakan antara pemimpin DAP yang pernah menemui Chin Peng pada sambutan hari kemerdekaan negara, Ogos lalu.

Laporan blog itu turut mendakwa Ronnie merupakan antara individu yang mendesak supaya PKM termasuk Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara ini.
Utusan Malaysia 10 Nov 2009

p/s: Saya bukan menulis ini untuk menunjukkan saya ini racist, tetapi untuk renungan dan akal fikiran kepada seluruh masyarakat Melayu di Malaysia. Adakah DAP memenuhi kata-kata dan janjinya dalam memperjuangkan hak rakyat termasuk Melayu? Atau mereka terdapat 'hidden agenda' disebaliknya? Renungkanlah. Asslamualaikum.

Thursday, November 5, 2009

PKR menghampiri kehancuran?





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan.

Pada pertamanya, saya memang sudah lama tidak update blog saya ini, disebabkan saya terlalu sibuk dan sebagainya.Saya cukup tertarik dengan isu yang telah terjadi baru-baru ini, dimana terdapat ADUN dari Parti Pakatan Rakyat (PKR) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti mereka. Alasan mereka cukup membuatkan rakyat untuk membuka mata rakyat bahawa perjuangan yang diperjuang oleh PKR sudah tidak relevan lagi.

Saya sebagai seorang pewaris pemimpin negara Malaysia ini pada suatu hari nanti, amat risau akan situasi sekarang dimana terdapat ramai golongan belia dan remaja di Malaysia ini tidak tahu dan peka akan apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.

Jika pada sebelum ini, PKR berjaya menarik lebih ramai pengundi Melayu untuk mengundi mereka pada pilihanraya umum yang lepas, tetapi golongan Melayu ini pada hari ini sudah peka dan bijak dalam pilihan mereka.Kita jangan lupa bahawa PKR sanggup bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menafikan bahawa Malaysia merupakan negara Islam dan ingin memansuhkan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Kita sebenarnya tidak perlu mengata apa-apa lagi, kita lihat saja sekarang Negeri-Negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat, adakah nasib orang Melayu terbela? adakah hak yang diberikan kepada orang Melayu kita sama dengan hak yang diberikan ketika dibawah pimpinan Barisan Nasional?

Renungkanlah demi kepentingan Bangsa Melayu sendiri, kita adalah pewaris dan darah keturunan asal tuan tanah negara ini.

Assalamualaikum w.b.t