Thursday, August 13, 2009

DAP boleh hina Islam - Nik Aziz

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

saya amat risau dengan isu yang baru-baru terjadi, berkaitan dengan tindakan angkuh DAP dengan menghina Islam secara terang-terangan..

dan merisaukan saya lagi ialah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul am Pas sendiri yang menyatakan bahwa Dap boleh menghina Islam. Alasan yg diberikan oleh Tuan Guru ini ialah beliau menegaskan bahawa Dap tidak faham atau tahu tentang Islam..beliau juga menegaskan bahawa umat Islam seharusnya menerangkan Islam kepada golongan-golongan seperti Dap.

Aduhai Tuan Guru, kalau itulah nasihat kamu, tidak perlulah kita sekat hubungan diplomatik dengan Israel, sebab mereka pun tidak faham Islam. Kita pun tidak payah lah hendak menolong masyarakat Islam di selatan Thailand, kerana mereka ditindas pun oleh golongan yang tidak faham Islam.

Rakan-rakan sekalian, renung-renungkanlah.

Assalamualaikum wbt.

1 comment:

Anonymous said...

mane anda bace?adakah dari utusan atau berita harian?adakah anda mendengar Tok Guru tuh cakap?

Fitnah itu umpama membunuh saudara Islam kita.