Thursday, August 13, 2009

DAP boleh hina Islam - Nik Aziz

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

saya amat risau dengan isu yang baru-baru terjadi, berkaitan dengan tindakan angkuh DAP dengan menghina Islam secara terang-terangan..

dan merisaukan saya lagi ialah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul am Pas sendiri yang menyatakan bahwa Dap boleh menghina Islam. Alasan yg diberikan oleh Tuan Guru ini ialah beliau menegaskan bahawa Dap tidak faham atau tahu tentang Islam..beliau juga menegaskan bahawa umat Islam seharusnya menerangkan Islam kepada golongan-golongan seperti Dap.

Aduhai Tuan Guru, kalau itulah nasihat kamu, tidak perlulah kita sekat hubungan diplomatik dengan Israel, sebab mereka pun tidak faham Islam. Kita pun tidak payah lah hendak menolong masyarakat Islam di selatan Thailand, kerana mereka ditindas pun oleh golongan yang tidak faham Islam.

Rakan-rakan sekalian, renung-renungkanlah.

Assalamualaikum wbt.

Sunday, August 9, 2009

H1N1

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Wah da rasa lama gila tidak update blog kesayangan ku ni..maklumlah, time cuti ni byk masa sikit nak update blog, kalau tidak memang tak ade mase....ok,this time saya nak tulis tentang Penularan wabak h1n1 yang kini semakin teruk. Universiti saya ditutup pada hari Khamis lepas kerana terdapat beberapa kes confirm melibatkan pelajar Uniten kampus Bangi menghidap H1N1...Risau lak rasanya bila wabak ini makin menjadi-jadi..
Semalam PM kita sendiri telah mengisytiharkan bahawa wabak penyakit selesema babi ini adalah ancaman kepada negara..

Saya berharap wabak ini dapat ditangkis secepat mungkin..dan Insyallah saya akan update tentang isu semasa tidak lama lagi..

Asslamualaikum..