Tuesday, June 9, 2009

Konsep 1 Malaysia : Nilai Penerimaan ( Acceptance)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti mana apa yang kita ketahui, Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menggariskan satu konsep yang baru untuk sebagai panduan setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru iaitu konsep 1Malaysia. Motto kepada konsep ini ialah Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Pada ruangan post pada kali ini, ingin saya mengupas sedikit sebanyak tentang konsep 1Malaysia ini, dari segi nilai penerimaan.

Jika kita rujuk kembali kepada sejarah Malaysia balik, nilai penerimaan ini sudah lama kita praktikkan antara rakyat Malaysia sendiri. Kita mengambil contoh tentang Kontrak Sosial, dimana kaum Melayu, Cina dan India sudah pun bersetuju dan berjanji dengan menerima beberapa perkara untuk bersatu. Bagi kaum Melayu, mereka sudah bersetuju untuk menerima kaum Cina dan India untuk menjadi warganegara Malaysia. Manakala bagi kaum Cina dan India mereka telah bersetuju untuk menerima dan mengakui tentang perkara Hak Keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja-Raja dan Sultan, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jika kita lihat nilai penerimaan ini sudah lama dilakukan di Malaysia ini.

Ingin saya kaitkan kontrak sosial dengan nilai penerimaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri kita dari segi sosial. Pendidikan yang utamanya, dimana semua rakyat perlu menerima dengan kuota yang diberikan kepada orang Melayu, contohnya kuota untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Matrikulasi dan universiti-universiti awam. Begitu juga dengan kuota untuk biasiswa-biasiswa kerajaan, seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menetapkan kuota melayu nisbah kaum lain ialah 55%:45%, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) khas untuk Melayu dan bumiputera. Seterusnya dengan penerimaan agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia, semua kaum perlu menerima ini memandangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, malahan agama-agama lain juga boleh mengamalkan agama masing-masing di negara ini. Amat penting bagi semua rakyat Malaysia untuk memahami nilai penerimaan dalam perkara sosial ini.

Seterusnya, dari segi ekonomi pula nilai penerimaan ini amat penting untuk kita memahami supaya kita dapat menerimanya. Dengan mengambil contoh dari pembahagian Amanah Saham Malaysia (ASM), dimana kerajaan telah menetapkan bahawa pembahagian saham antara kaum dengan nilai-nilai yang tertentu. Dibawah ini ingin saya tunjukkan pembezaan yang terdapat diantara cadangan kerajaan Malaysia dengan cadangan oleh pembangkang dengan menggunakan konsep Malaysian Malaysia dari segi pembahagian saham ASM ini.

Konsep 1 Malaysia

Konsep Malaysian Malaysia

Melayu : 14

Melayu: 7

Cina : 7

Cina : 7

India : 4

India : 7

Walaupun kita nampak konsep Malaysian Malaysia ini lebih adil dan sama rata, kita boleh tengok taburan penduduk di Malaysia ini :

Melayu : 55%, Cina :25%, India: 7%, Bumiputera lain-lain : 12%. ( TABURAN PENDUDUK MALAYSIA 2007)

Jika kita lihat dari taburan penduduk ini pula, dengan pembahagian saham yang dicadangkan oleh pihak pembangkang ia terang-terang menunjukkan ketidakadilan pembahagian saham terhadap masyarakat Melayu. Ini kerana taburan penduduk di Malaysia ini majoritinya adalah Melayu. Maka kita dapat lihat, walaupun dari segi angka yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia untuk masyarakat Melayu adalah tertinggi berbanding kaum lain, tetapi masyarakat Melayu berhak mendapat bahagian yang tertinggi. Maka semua kaum di Malaysia ini perlu untuk menerima ini semua. Kita dapat lihat disini nilai penerimaan amat penting dalam menjayakan konsep 1Malaysia ini.

Seterusnya dari segi politik pula, nilai penerimaan sudah lama dilakukan dalam kerajaan Barisan Nasional, dimana pembahagian kerusi-kerusi Parlimen mengikut perjanjian yang telah dimetrai dalam perlembagaan Barisan Nasional. Dibawah ini saya selitkan bilangan dan peratus kerusi parlimen yang dimenangi oleh bumiputera dan bukan bumiputera serta bilangan dan peratus bumiputera dan bukan bumiputera dalam kabinet Kerajaan Malaysia:

Bilangan Kerusi dalam Parlimen

Bilangan dalam kabinet

Bumiputera

83.57 %

69.57%

Bukan Bumiputera

16.43 %

30.43 %

Jika kita kaji statistik diatas ini, jelas menunjukkan bahawa dalam Barisan Nasional, nilai penerimaan sudah dilakukan. Kita dapat lihat bahawa, jumlah kerusi yang dimenangi oleh kaum bukan Bumiputera adalah sedikit iatiu 16.43%, tetapi disebabkan nilai penerimaan oleh ahli Parlimen Bumiputera dalam Barisan Nasional, jumlah bilangan ahli Parlimen bukan Bumiputera yang memengang portfolio Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet adalah tinggi iaitu sebanyak 30.43% berbanding jumlah yang dimenangi dalam kerusi Parlimen.

Secara keseluruhannya, terdapat nilai penerimaan dalam setiap aspek iaitu dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Kita dapat lihat bahawa, konsep 1Malaysia ini amat bersesuaian digunakan untuk keadilan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, kaum dan latar belakang seseorang individu, ini kerana nilai penerimaan seharusnya dipupuk dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini hingga pada masa hadapan.

Sekian.

Terima Kasih.

Assalamualaikum.

11 comments:

Bak said...

style bob,,,,smangat patriotik 2 penting!!

Sulhairil Hafiz Hj Sulaiman said...

itu cakap anda bagaimana bagi cina-cina yang tak faham

Anonymous said...

btol 2 bob...konsep 1 malaysia lg bgus...so melayu xlar kne tindas.

TuTs said...

good2. keep it up.

btw konsep 1 malaysia ni, ak dgr d cilok dr sesetengah negara yg gunekan konsep yg same. mane identiti malaysia. sdgkan negara tu pon gune No1 jgk. cmane tu? heheh

rEDia cUmiL said...

hurm, as a history's lover..

ak sgt suke dgn konsep 1 malaysia cux bnd neyh dh dipersetujui dr dlu lg.. n bnd neyh yg bwat kte aman dr dlu kn? np nk ubah bnd yg dh ok.. plux, utk kite mengubah satu tradisi, its not easy as 123... hehehe.. dats ol kot
masheh

Anonymous said...

saya setuju ngan pendapat anda kerana konsep 1 malaysia yg adil...kerana adil dan sama rata adalah sesuatu benda yg berlainan...

matmolok said...

jgn ingat konsep 1 Malaysia
ni same ngan Malaysian Malaysia..
nanti tekeliru lak..
kalo da otak membangkang tu ckp ape pun kerajaan tetap salah...

umaru dghani said...

konsep 1 malaysia adalah yg tbaik utk negara kte...
kalo xde bende nie..melayu akn dtindas..ramai anak muda skang yg hanyut n xsdar lg..so xtau psl bende cm nie..
tbaik bob ko post psl bende nie..
at least ada belia yg phm bende nie..
dan x salahkan kerajaan all the time...

kitty ieka bear said...

weee

adikku yg semangat patriotik..
betul2,formula 1 m'sia nie mmg langkah yg bijak oleh PM kter utk menangani isu2 negara skg..

xoxo

TuTs said...

comment Bak cm xmembantu pon. hihi.
eh krkrk.

JeLin =) said...

hehehe..tu la bak!
tuts..thanx!heee..