Sunday, June 21, 2009

Apa cerita ini PAS?

ARKIB : 20/06/2009

Di mana Nasharudin?

KUALA LUMPUR 19 Jun - Kehilangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menimbulkan kontroversi dalam isu kerajaan perpaduan bersama UMNO terus menjadi misteri.

Anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 47 tahun itu gagal dikesan malah rumahnya di Bukit Mahkota di sini terkunci rapat tanpa penghuni ketika dikunjungi Utusan Malaysia.

Keputusan Nasharudin menyokong idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan mendapat tentangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai 'sampah' dalam parti.

Nik Abdul Aziz dilaporkan turut menyarankan agar Nasharudin keluar parti dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu didakwa lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli Pas.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya terhadap saranan Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Najib percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.

-UTUSAN MALAYSIA 20/6/2009


Hah, apa sudah jadi pada Timbalan Presiden Pas yang baru dilantik? sudah menghilangkan diri? Inilah dia pencaturan politik dalam parti PAS. Jika dahulu Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz Nik Mat pernah mengatakan Pas tidak semestinya mengikut apa katanya, tetapi baru-baru ini dia ada menegaskan bahawa beliau merupakan nakhoda dalam parti Pas. Dan isu terbaru ini berlaku, adakah wajar ahli-ahli Pas menuruti kata-kata orang lama Pas ini? Adakah disebabkan sejarah lampau menyebabkan Nik Aziz tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan?

Adakah kuasa Presiden dan Timbalan Presiden dalam Parti Pas ini dibawah kuasa Mursyidul Am Pas? Lebih baik jika tiada langsung muktamar dijalankan, malahan sudah dapat dilihat bahawa terdapat satu kuasa mutlak dalam Pas iaitu Mursyidul Am Pas, kerana dia seorang sahaja betul.

Jelin merasakan peluang baik untuk membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai satu medium untuk menyatukan orang Melayu kita sebegini hanya datang sekali, maka saya menyeru kepada orang Melayu disana, renung-renungkanlah perumpaan Inggeris seperti berikut:

"Prevention is better than cure"



1 comment:

*umaru dghani* said...

bob, kalo ko prasan PAS dh buntu bila UMNO xmgenekan pe2 syarat utk PAS dtg bbincang dgn UMNO utk mbentuk krajaan perpaduan..
haha..tkene kat batang hidung blk..