Monday, June 29, 2009

Budaya Pas Mengkritik UMNO


Salam dan selamat sejahtera..
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tomahan dan kritikan yang melampau diberikan Pas kepada UMNO..Kritikan ini bukan sahaja diberikan oleh ahli parti biasa, malahan oleh Mursyidul Am Pas sendiri, Nik Aziz Nik Mat..Nik Aziz telah menyamakan UMNO dengan komunis dan sesat kerana menolak Islam..

''Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)" - Nik Aziz, Utusan Malaysia, 28 Jun 2009.

Aduhai Tok Guru, UMNO ni kafirkah? Adakah selama ini UMNO tidak mengamalkan ajaran Islam? Mungkin sebab UMNO tidak bergurukan Tok Guru UMNO tolak Islam lah eh?

Adakah PAS tidak menolak Islam? kita lihat beberapa perkara dibawah: -
1) PAS lebih gemar bekerjasama dengan DAP walaupun DAP terang-terangan tolak Islam..( OH PAS tidak menolak Islam)
2) PAS sudah beberapa kali menyamakan UMNO ni sebagai parti kafir. Kenapa tidak membantai dan mengutuk DAP? OH PAS sayang akan DAP.

Sebenarnya, dari sifat dan perasaan dengki khianat dan busuk hati menyebabkan ramai dikalangan umat Islam di Malaysia ini keliru akan kebenaran.Mungkin yang tidak memakai serban atau kopiah tidak layak untuk berbincang tentang agama. Mungkin mereka tidak memakai serban atau kopiah itu kafir atau komunis. Adakah Islam mengajar kita untuk mencaci, mengkritik dan mengatakan saudara se-Islam kita itu kafir? Renungkanlah..Islam itu suci dan indah jika kita bijak terjemahkannya dalam hidup kita.

Sunday, June 21, 2009

Apa cerita ini PAS?

ARKIB : 20/06/2009

Di mana Nasharudin?

KUALA LUMPUR 19 Jun - Kehilangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang menimbulkan kontroversi dalam isu kerajaan perpaduan bersama UMNO terus menjadi misteri.

Anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 47 tahun itu gagal dikesan malah rumahnya di Bukit Mahkota di sini terkunci rapat tanpa penghuni ketika dikunjungi Utusan Malaysia.

Keputusan Nasharudin menyokong idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan mendapat tentangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai 'sampah' dalam parti.

Nik Abdul Aziz dilaporkan turut menyarankan agar Nasharudin keluar parti dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu didakwa lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli Pas.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya terhadap saranan Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Pas bagi membincangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Najib percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.

-UTUSAN MALAYSIA 20/6/2009


Hah, apa sudah jadi pada Timbalan Presiden Pas yang baru dilantik? sudah menghilangkan diri? Inilah dia pencaturan politik dalam parti PAS. Jika dahulu Mursyidul Am Pas, Dato' Nik Aziz Nik Mat pernah mengatakan Pas tidak semestinya mengikut apa katanya, tetapi baru-baru ini dia ada menegaskan bahawa beliau merupakan nakhoda dalam parti Pas. Dan isu terbaru ini berlaku, adakah wajar ahli-ahli Pas menuruti kata-kata orang lama Pas ini? Adakah disebabkan sejarah lampau menyebabkan Nik Aziz tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan?

Adakah kuasa Presiden dan Timbalan Presiden dalam Parti Pas ini dibawah kuasa Mursyidul Am Pas? Lebih baik jika tiada langsung muktamar dijalankan, malahan sudah dapat dilihat bahawa terdapat satu kuasa mutlak dalam Pas iaitu Mursyidul Am Pas, kerana dia seorang sahaja betul.

Jelin merasakan peluang baik untuk membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai satu medium untuk menyatukan orang Melayu kita sebegini hanya datang sekali, maka saya menyeru kepada orang Melayu disana, renung-renungkanlah perumpaan Inggeris seperti berikut:

"Prevention is better than cure"



Thursday, June 11, 2009

MEREKA BENCI AKAN KERAJAAN PERPADUAN!



KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS.

APABILA MELAYU DENGAN MELAYU BERGABUNG, DAP SUDAH GENTAR.

APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DILAKUKAN OLEH RAKAN-RAKAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG?

KENAPA ANWAR MENGAMBIL LANGKAH BERDIAM DIRI?

APAKAH LIM KIT SIANG SETUJU DENGAN TUJUAN PAS?

BERSEDIAKAH DAP DAN PKR UNTUK MENGHADAPI PERKARA INI?

INILAH TERJADI APABILA, DAP DAN PKR MENGGUNAKAN PAS UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MASING-MASING.

MAKA, TAMATLAH ERA PIMPINAN PARTI DAP DAN PKR!!!!


Tuesday, June 9, 2009

Konsep 1 Malaysia : Nilai Penerimaan ( Acceptance)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti mana apa yang kita ketahui, Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menggariskan satu konsep yang baru untuk sebagai panduan setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru iaitu konsep 1Malaysia. Motto kepada konsep ini ialah Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Pada ruangan post pada kali ini, ingin saya mengupas sedikit sebanyak tentang konsep 1Malaysia ini, dari segi nilai penerimaan.

Jika kita rujuk kembali kepada sejarah Malaysia balik, nilai penerimaan ini sudah lama kita praktikkan antara rakyat Malaysia sendiri. Kita mengambil contoh tentang Kontrak Sosial, dimana kaum Melayu, Cina dan India sudah pun bersetuju dan berjanji dengan menerima beberapa perkara untuk bersatu. Bagi kaum Melayu, mereka sudah bersetuju untuk menerima kaum Cina dan India untuk menjadi warganegara Malaysia. Manakala bagi kaum Cina dan India mereka telah bersetuju untuk menerima dan mengakui tentang perkara Hak Keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja-Raja dan Sultan, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jika kita lihat nilai penerimaan ini sudah lama dilakukan di Malaysia ini.

Ingin saya kaitkan kontrak sosial dengan nilai penerimaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri kita dari segi sosial. Pendidikan yang utamanya, dimana semua rakyat perlu menerima dengan kuota yang diberikan kepada orang Melayu, contohnya kuota untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Matrikulasi dan universiti-universiti awam. Begitu juga dengan kuota untuk biasiswa-biasiswa kerajaan, seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menetapkan kuota melayu nisbah kaum lain ialah 55%:45%, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) khas untuk Melayu dan bumiputera. Seterusnya dengan penerimaan agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia, semua kaum perlu menerima ini memandangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, malahan agama-agama lain juga boleh mengamalkan agama masing-masing di negara ini. Amat penting bagi semua rakyat Malaysia untuk memahami nilai penerimaan dalam perkara sosial ini.

Seterusnya, dari segi ekonomi pula nilai penerimaan ini amat penting untuk kita memahami supaya kita dapat menerimanya. Dengan mengambil contoh dari pembahagian Amanah Saham Malaysia (ASM), dimana kerajaan telah menetapkan bahawa pembahagian saham antara kaum dengan nilai-nilai yang tertentu. Dibawah ini ingin saya tunjukkan pembezaan yang terdapat diantara cadangan kerajaan Malaysia dengan cadangan oleh pembangkang dengan menggunakan konsep Malaysian Malaysia dari segi pembahagian saham ASM ini.

Konsep 1 Malaysia

Konsep Malaysian Malaysia

Melayu : 14

Melayu: 7

Cina : 7

Cina : 7

India : 4

India : 7

Walaupun kita nampak konsep Malaysian Malaysia ini lebih adil dan sama rata, kita boleh tengok taburan penduduk di Malaysia ini :

Melayu : 55%, Cina :25%, India: 7%, Bumiputera lain-lain : 12%. ( TABURAN PENDUDUK MALAYSIA 2007)

Jika kita lihat dari taburan penduduk ini pula, dengan pembahagian saham yang dicadangkan oleh pihak pembangkang ia terang-terang menunjukkan ketidakadilan pembahagian saham terhadap masyarakat Melayu. Ini kerana taburan penduduk di Malaysia ini majoritinya adalah Melayu. Maka kita dapat lihat, walaupun dari segi angka yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia untuk masyarakat Melayu adalah tertinggi berbanding kaum lain, tetapi masyarakat Melayu berhak mendapat bahagian yang tertinggi. Maka semua kaum di Malaysia ini perlu untuk menerima ini semua. Kita dapat lihat disini nilai penerimaan amat penting dalam menjayakan konsep 1Malaysia ini.

Seterusnya dari segi politik pula, nilai penerimaan sudah lama dilakukan dalam kerajaan Barisan Nasional, dimana pembahagian kerusi-kerusi Parlimen mengikut perjanjian yang telah dimetrai dalam perlembagaan Barisan Nasional. Dibawah ini saya selitkan bilangan dan peratus kerusi parlimen yang dimenangi oleh bumiputera dan bukan bumiputera serta bilangan dan peratus bumiputera dan bukan bumiputera dalam kabinet Kerajaan Malaysia:

Bilangan Kerusi dalam Parlimen

Bilangan dalam kabinet

Bumiputera

83.57 %

69.57%

Bukan Bumiputera

16.43 %

30.43 %

Jika kita kaji statistik diatas ini, jelas menunjukkan bahawa dalam Barisan Nasional, nilai penerimaan sudah dilakukan. Kita dapat lihat bahawa, jumlah kerusi yang dimenangi oleh kaum bukan Bumiputera adalah sedikit iatiu 16.43%, tetapi disebabkan nilai penerimaan oleh ahli Parlimen Bumiputera dalam Barisan Nasional, jumlah bilangan ahli Parlimen bukan Bumiputera yang memengang portfolio Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet adalah tinggi iaitu sebanyak 30.43% berbanding jumlah yang dimenangi dalam kerusi Parlimen.

Secara keseluruhannya, terdapat nilai penerimaan dalam setiap aspek iaitu dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Kita dapat lihat bahawa, konsep 1Malaysia ini amat bersesuaian digunakan untuk keadilan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, kaum dan latar belakang seseorang individu, ini kerana nilai penerimaan seharusnya dipupuk dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini hingga pada masa hadapan.

Sekian.

Terima Kasih.

Assalamualaikum.

Monday, June 8, 2009

Apa sudah jadi dengan Pas- PKR- DAP?


Salam dan selamat sejahtera..

Baru-baru ini, selepas tamatnya muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini, Presiden Pas, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang, telah menyatakan kesediaan Pas untuk meneruskan semula proses muzakarah antara Pas-UMNO, untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.

Pada pandangan saya, diharapkan apa yang diperkatakan oleh Presiden Pas itu akan mendapat sokongan oleh semua masyarakat Melayu, terutamanya dikalangan ahli-ahli parti Pas sendiri. Saya juga berpendapat bahawa, kerjasama yang akan terjalin antara UMNO-Pas ini dapat menguatkan lagi perpaduan diantara bangsa Melayu kita sendiri yang kini dilihat semakin rapuh hari demi hari.

Sudah terbukti sehingga hari ini bahawa, pakatan pembakang yang dikatakan hebat ini tidaklah sehebat mana yang kita sangkakan sebelum ini. Pas sudah berasa bahawa, sudah tiba masanya untuk parti itu berdiri kuat dengan prinsip utama parti itu. Berkerjasama dengan parti pro-komunis dan parti yang tergila mengejar kuasa adalah bukan cara atau landasan yang baik untuk pas meneruskan perjuangan dan agenda parti itu sendiri.

Walaupun masih belum ada kata putus lagi berkenaan dengan perkara tersebut, saya meletakkan harapan yang tinggi bahawa proses muzakarah ini dapat dijalankan secepat mungkin dan keputusan dapat diputuskan secepat yang mungkin.

Jelin sayangkan bangsa, agama dan negara saya.
assalamualaikum.

Tuesday, June 2, 2009

Kemenangan di Penanti bukan satu kemenangan yang boleh dibanggakan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ingin saya ulas sedikit tentang pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi itu. Calon PKR, Dr. Mansor Othman memenangi kerusi itu dengan memperolehi undi sebanyak 6,025 sahaja. Jika dibandingkan dengan calon yang lepas, keputusan nya adalah seperti berikut:

Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) : 7,346 undi (dahulu)
Dr. Mansor Othman (PKR) : 6,025 undi (sekarang)
Jumlah kemerosotan undi berbanding pilihanraya dahulu : 1294 undi.

tambahan pula, peratus pengundi yang berdaftar keluar mengundi tidaklah mencecah sehingga 50%.

Pada pandangan saya, walaupun Barisan Nasional(BN) tidak menghantar calon untuk bertanding, seharusnya calon PKR memenangi dengan memperoleh undi yang lebih besar. Ini jelas menunjukkan bahawa BN masih kuat di Penanti itu, dan sebagai ini sebagai satu tanda rakyat menunjukkan sudah jelak dan bosan dengan karenah dan perangai dikalangan YB2 dari Pakatan Pembangkang.Ini seterusnya dapat menunjukkan rakyat sudah sedar kembali bahawa, pakatan rakyat hanya mampu berkata-kata ketika pilihanraya umum, tetapi pada hakikatnya tidak pandai, cekap dan berkebolehan untuk memikul tugas yang berat sebagai wakil rakyat.

P/S: Kalau tahu diri itu tidak mampu untuk menjalankan tugas sebagai YB, sepatutnya jangan lah bertanding pada Piliharaya Umum dahulu. Kita dapat lihat sekarang, sudah terbukti YB itu tidaklah sehebat mana yang diperkatakan, sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai ADUN. Kini, menghabiskan duit rakyat untuk melayan perangainya untuk mengadakan Pilihanraya Kecil. Pakatan Rakyat menyalahgunakan demokarasi di negara ini.