Saturday, May 9, 2009

Isu Perak..duh..


salam semua..

wah..da lama rasanya tak tulis tentang isu semasa di blog ku ni..ok..
baru-baru ni kita didedahkan dengan pertelingkahan yang berlaku di majlis perasmian mesyuarat ADUN Perak. Kita dapat lihat, pergolakan yang berlaku di Perak ini amat menyedihkan dan memalukan kita sebagai rakyat Malaysia pada am-nya. Saya berpendapat pihak Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tidak boleh menerima hakikat bahawa kuasa pemerintahan mereka di Perak sudah tiada, dan mereka menidakkan perkara yang benar, iaitu pada realitinya Perak sudah berada di bawah kepimpanan BN..beberapa sebab kerajaan PR runtuh di Perak adalah disebabkan :

- Kerajaan PR telah hilang majoriti mudah untuk mengekalkan kerajaan, kerana 3 Ahli DUN dari pakatan PR telah keluar dari pakatan. Mereka bertiga TIDAK menyertai BN sekalipun, malahan mereka menyatakan sokongan kepada BN untuk membentuk kerajaan baru di Perak.
-Peguam Negara (AG) menyatakan bahawa bekas MB Perak, Dato' Seri Ir Nizar tidak dipecat, malahan beliau kehilangan kepercayaan untuk terus menerajui kerajaan di negeri Perak yang telah memaksa beliau melepaskan jawatan MB tersebut.

Saya dapat melihat dari sudut mata sebagai seorang belia rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu, amat sedih dengan tindakan dan tingkah laku bekas speaker DUN perak, kerana seolah-olah tidak menghormati kehadiran Raja Muda Perak untuk merasmikan mesyurat DUN Perak. Malahan pula, para ahli DUN dari PR yang berbangsa Melayu juga tidak menghormati Raja Melayu kita sendiri. Mereka seolah-olah membelakangi undang-undang dan janji taat setia kepada Raja-Raja Melayu. Dan yang paling menyedihkan saya lihat adalah, kita sesama Melayu sanggup bergaduh sesama sendiri hanya disebabkan kepentingan politik.

ingatlah, pada suatu ketika dahulu,Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang begitu kukuh itu, akhirnya tumbang disebabkan persengketaan antara bangsa itu sendiri. renungkanlah..

Saya petik satu rangkap lagu dari lirik lagu "Warisan"

air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang..


renung-renungkanlah...
assalamualaikum w.b.t..



4 comments:

Syiqin Sobri said...

smgtnye ko~ tau la jdik faci btn. lols

JeLin =) said...

adoyai..bkn semangat, tp kene amek tau utk panduan masa depan..hee..=)

DoshDrake said...

it's all begin with three PR MP who 'hopping' to the other party.
haha..sedey ak pasal perak ney..
diorg nyer pasal soalan constitution ak jadi susah sem nih.
ahaha~

BaBy aNA said...

ape kes perak niyh?

x abis2 g..