Wednesday, May 20, 2009

BN Tak Bertanding di Penanti.


salam dan selamat sejahtera.

Hari ini, Majlis Tertinggi Barisan Nasional bersepakat tidak menghantar wakil atau calon ke Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei nanti. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi BN sendiri, Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak. Tegas beliau lagi, pilihanraya kecil ini merupakan agenda atau permainan politik oleh pihak pembangkang sendiri.

“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya." - Dato' Seri Najib Tun Razak.


Bagi pendapat saya sendiri, saya amat menyokong dengan keputusan yang dikeluarkan oleh PM itu, kerana bagi saya tiada keperluan atau kepentingan kepada BN untuk menyertai atau menghantar calon untuk bertanding pada pilihanraya kecil di Penanti ini. Tiada gunanya jika kita melayan agenda-agenda pembangkang yang terang-terang tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk membela rakyat di negara ini. Kemelut yang berlaku dalam PKR dan Pas kini jelas membuka mata rakyat jelata, bahawa parti mereka yang kononya dahulu mendakwa diri mereka sebagai pembela rakyat, kini jelas terbukti mereka bukan mahu membela rakyat tetapi tamak menggilakan kuasa dan pangkat untuk kepentingan diri sendiri.

Penilaian secara kritis dapat membuka mata dan akal fikiran kita.

sekian.

assalamualaikum w.b.t.


No comments: