Thursday, May 21, 2009

Apa itu KPI?

salam dan salam sejahtera.
Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu kaedah yang digunakan pakai oleh Perdana Menteri kita pada hari ini, untuk mengukur dan menilai tahap prestasi, keupayaan dan kemajuan terhadap kementerian-kementerian Kerajaan Malaysia. Kaedah atau pendekatan yang dimaksudkan ialah, KPI, atau dalam Bahasa Melayunya ialah Indeks Prestasi Utama.

KPI banyak digunakan dalam mengukur sejauh mana keberkesanan sesebuah organisasi atau individu dalam menyempurna dan melaksana tugasan, matlamat serta objektif yang diberikan kepadanya. Menurut PM, KPI ini akan dinilai sepanjang dalam tempoh 6bulan ini. Ini bermakna, setiap kementerian seharusnya mengekalkan dan meningkatkan prestasi setiap kementerian sepanjang 6bulan ni, untuk dinalai oleh PM. Ni adalah hasrat PM untuk mencapai matlamat yang dikehendaki beliau.

Ia sebenarnya adalah cabaran sebenar Najib. Kita mahu Najib mengotakan kata-katanya semasa memperkenalkan langkah baru di bawah pentadbirannya itu. Apabila sampai waktunya kelak - kira-kira Oktober ini (cukup enam bulan) - seluruh rakyat akan menunggu pengumuman penting yang akan dibuat beliau
.

Apa sekalipun, rakyat sedang memerhati perkembangan ini. Sebaik sahaja cabaran itu diletakkan ke bahu mereka 9 April lalu - detik-detik saat telah pun berdetik. Ia semacam satu acara saringan (heat) lumba lari; yang kuat akan berjaya, yang kuat sikit akan juga berjaya dan yang corot akan terpilih berdasarkan catatan masa, dan yang paling corot akan terkeluar.

Saya juga berharap pentadbiran baru di bawah YAB Najib ini dapat melaksanakan sistem pentadbirannya tanpa rasa tergugat dengan tekanan luar. Najib harus kebal dengan kekuatan politik, politics of strength yang ada padanya dan tidak dipengaruhi oleh politik ketakutan, politics of fear.

Ini sahaja yang saya mahu kongsi bersama anda semua.sekian.salam.

Jelin baru tahu itu apa KPI, sebab tengok rancangan DIALOG tadi kat TV1..
salam..>.<

No comments: