Friday, February 6, 2009

Congratulations BN! bravo..bravo!

1)Tahniah kepimpinan Barisan Nasional khususnya di Perak kerana berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak.

2)Aktiviti lompat-melompat ini, makin hari makin menjadi di kalangan ahli politik kita. Tetapi tiga ADUN Perak tidak menyertai BN, malahan mereka menyatakan sokongan mereka kepada BN untuk menerajui kerajaan Perak.

3) Pada pandangan saya, Nizar ( bekas MB Perak) seharusnya meletakan jawatannya lebih awal dari dulu lagi, kerana terdapat beberapa ADUN PR sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur.

4) Apa yang menyedihkan lagi, tindakan beberapa penyokong PR khususnya Pas begitu taksub akan perjuangan politik mereka. Mereka berdemonstrasi di jalanan, menunjuk perasaan seperti samseng, sesungguhnya tidak menunjukkan imej parti Islam langsung. tidak malu ke? Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa PR sudah tumbang di Perak.

5)Tambahan pula, Nizar meminta ampun derhaka untuk tidak meletakkan jawatan MB nya. Lebih teruk lagi, PR akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak. Dalam sidang media tadi, saya lihat yang tukang cakapnya ialah Karpal Singh. Wahai masyarakat Melayu khususnya Perak, kita dapat lihat disini, bahawa DAP amat gembira sekarang, kerana cita-citanya untuk menghapuskan Sultan hampir berjaya, kerana orang Melayu kita sendiri sudah berpaling tadah terhadap Sultan. Kita nak mengharapkan siapa lagi untuk mempertahankan Sultan kita ? kalau bukan orang Melayu kita sendiri? Nak Lim Kit Siang, Karpal Singh yang pertahankan?

6) Inilah dilemma yang berlaku masyarakat Melayu kita, terlampau taksub akan parti masing-masing, sampai sanggup menggadaikan maruah bangsa Melayu sendiri. Kita mungkin tidak sedar, demonstrasi yang diadakan dimana-mana pun, begitu sedikit bilangan masyarakat cina. Padahal mereka amat gembira melihat orang Melayu kita menjerit-jerit, dipukul, bergaduh sesama sendiri. Renungkanlah, dimanakah kita orang Melayu, jika Sultan dan Raja tidak lagi dihormati dan dipertahankan kuasanya.

7) Impian Anwar Ibrahim untuk mengambil Kerajaan Persekutuan tidak tercapai. Rakyat sudah mula bosan mendengar janji-janji kosong yang ditaburkan beliau. 16Sept? bila lagi? 6Feb? BN yang dapat Perak. Dulu 16Sept, DSAI yang bersemangat menyatakan bahawa akan ada Ahli YB BN akan melompat menyertai PR, tapi apa yang berlaku? Dah terbalik kah? PR yang lompat masuk BN?? hmm...memang tidak boleh pakai kata hang langsung noo..




No comments: