Thursday, February 12, 2009

Bank Negara Malaysia, bank terbaik dunia!

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Bank Negara Malaysia adalah bank pusat terbaik dunia kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan peranannya dalam merangka kawalan kewangan.

Selain Malaysia, bank pusat India juga disifatkan sebagai bank pusat terbaik dunia. Pemenang Anugerah Nobel (Ekonomi), Prof. Joseph Stiglitz berkata, BNM telah berjaya membuat rangka kawalan kewangan yang sangat kukuh sehingga ia mampu melindungi sistem kewangannya dalam mengharungi krisis ekonomi global.

Beliau berkata, kejayaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu seharusnya dijadikan contoh kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah yang lain.

‘‘BNM adalah antara bank pusat terbaik dunia kerana telah melakukan tugas dan peranan dengan begitu baik sekali berbanding AS dan negara-negara Eropah.

‘‘Ini membuktikan bahawa bank pusat Malaysia mempunyai kefahaman yang baik dalam sektor perbankan,’’ katanya di luar Persidangan Peringkat Tertinggi anjuran BNM di sini hari ini.

Stiglitz berkata, kejayaan BNM itu wajar dijadikan panduan teknikal kepada AS pada masa depan.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau berkata, memang tidak dapat disangkal negara-negara membangun mempunyai rangka kawalan kewangan yang sangat baik berbanding negara maju.

Bagaimanapun, beliau meramalkan ekonomi Malaysia tetap terjejas dengan ketidaktentuan ekonomi global kerana pendapatannya bergantung kepada sumber eksport.

‘‘Saya tidak menafikan Malaysia adalah satu satu contoh negara pengeksport yang berjaya di rantau ini tetapi perdagangan antarabangsa kini sedang menguncup dengan pantas berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar global.

‘‘Oleh sebab itu, ekonomi negara yang bergantung kepada eksport akan mengalami tempias krisis global,’’ ujar beliau.

p/s: Anwar je kata institusi bank negara kita teruk.

-petik dari akhbar Utusan Melayu Khamis, 12 Febuari 2009.

Friday, February 6, 2009

Congratulations BN! bravo..bravo!

1)Tahniah kepimpinan Barisan Nasional khususnya di Perak kerana berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak.

2)Aktiviti lompat-melompat ini, makin hari makin menjadi di kalangan ahli politik kita. Tetapi tiga ADUN Perak tidak menyertai BN, malahan mereka menyatakan sokongan mereka kepada BN untuk menerajui kerajaan Perak.

3) Pada pandangan saya, Nizar ( bekas MB Perak) seharusnya meletakan jawatannya lebih awal dari dulu lagi, kerana terdapat beberapa ADUN PR sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur.

4) Apa yang menyedihkan lagi, tindakan beberapa penyokong PR khususnya Pas begitu taksub akan perjuangan politik mereka. Mereka berdemonstrasi di jalanan, menunjuk perasaan seperti samseng, sesungguhnya tidak menunjukkan imej parti Islam langsung. tidak malu ke? Mereka seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa PR sudah tumbang di Perak.

5)Tambahan pula, Nizar meminta ampun derhaka untuk tidak meletakkan jawatan MB nya. Lebih teruk lagi, PR akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak. Dalam sidang media tadi, saya lihat yang tukang cakapnya ialah Karpal Singh. Wahai masyarakat Melayu khususnya Perak, kita dapat lihat disini, bahawa DAP amat gembira sekarang, kerana cita-citanya untuk menghapuskan Sultan hampir berjaya, kerana orang Melayu kita sendiri sudah berpaling tadah terhadap Sultan. Kita nak mengharapkan siapa lagi untuk mempertahankan Sultan kita ? kalau bukan orang Melayu kita sendiri? Nak Lim Kit Siang, Karpal Singh yang pertahankan?

6) Inilah dilemma yang berlaku masyarakat Melayu kita, terlampau taksub akan parti masing-masing, sampai sanggup menggadaikan maruah bangsa Melayu sendiri. Kita mungkin tidak sedar, demonstrasi yang diadakan dimana-mana pun, begitu sedikit bilangan masyarakat cina. Padahal mereka amat gembira melihat orang Melayu kita menjerit-jerit, dipukul, bergaduh sesama sendiri. Renungkanlah, dimanakah kita orang Melayu, jika Sultan dan Raja tidak lagi dihormati dan dipertahankan kuasanya.

7) Impian Anwar Ibrahim untuk mengambil Kerajaan Persekutuan tidak tercapai. Rakyat sudah mula bosan mendengar janji-janji kosong yang ditaburkan beliau. 16Sept? bila lagi? 6Feb? BN yang dapat Perak. Dulu 16Sept, DSAI yang bersemangat menyatakan bahawa akan ada Ahli YB BN akan melompat menyertai PR, tapi apa yang berlaku? Dah terbalik kah? PR yang lompat masuk BN?? hmm...memang tidak boleh pakai kata hang langsung noo..