Tuesday, January 6, 2009

kekejaman israel




assalamualaikum w.b.t

terdapat beberapa perkara penting yang telah berlaku baru-baru ini.
negara palestine, telah diserang secara kejam dan angkuh oleh rejim zionis israel.

membunuh manusia yang tidak berdosa, kanak-kanak yang tidak mengerti tentang kehidupan, mereka adalah salah satu mangsa pembunuhan kekejaman zionis israel.

baru-baru ini juga, presiden US George W Bush telah menyatakan pendirian negaranya sebagai menyokong tindakan serangan oleh israel ke bumi palestine.


Kenapa ini semua berlaku? kenapa negara selemah palestine, sebuah negara islam dijadikan mangsa kekejaman syaitan yang bertopengkan manusia di muka bumi ini?

Jika terdapat beberapa siri letupan, siri pembunuhan, pengeboman di US, mereka tidak segan-silu lagi menunding jari ke arah orang Islam sebagai pengganas dunia.
Mereka telah melabelkan masyarakat Islam sebagai masyarakat pengganas..

Siapa yang patot dilabelkan sebagai pengganas sebenarnya?

Siapa yang kononya menjadi polis dunia, telah merompak, membunuh, merampas harta benda kekayaan negara-negara Islam? Siapa?

US memang zalim.tidak berhati perut.kejam.
US sokong pendirian Israel yang kononya menegakkan keadilan dunia.


sebagai umat Islam, saya amat membantah sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap bumi Palestine.

Marilah kita beramai-ramai, mendoakan akan keselamatan, kesejahteraan kepada seluruh saudara kita die Palestine sana.Semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi mereka.Insyallah.

Nukilan seorang sahabat Islam dari Malaysia,
Ahmad Azrain.

p/s: saya selitkan beberapa gambar mangsa kekejaman Israel dibawah ini.



1 comment:

umaru dghani said...

sama2 lar kte berdoa kan...