Tuesday, September 16, 2008

16 September...oh Malaysiaku!


assalamualaikum w.b.t
pada pagi yang mulia ini, saya hanya mahu berkongsi dengan semua bloggers, gambar di atas ni ialah gambar kabinet kerajaan baru yang di perkatakan oleh Pakatan Rakyat.
Saya tidak mahu menulis dengan panjang, memandangkan saya ada banyak tugasan, saya hanya mampu berkongsi gambar diatas dengan anda semua.
fikir dan renunglah sendiri, dimanakah kedudukan kita selepas ini, jika kerajaan sebegini dapat dibentuk..
bak kate Dato Seri Anwar, ini adalah suara rakyat, pilihan rakyat, nafas baru rakyat, dan "kemerdekaan" untuk rakyat.
renungkanlah seketika..ambil masa anda.
anda boleh save gambar diatas dengan click sahaja pada gambar tersebut.
sekian.
azrain.

5 comments:

iBNuZaCK said...

Salam Bob.Nak ulas sikit. :)

1. Gambar ini telah dikritik keras oleh DSAI.Ia bukan bersumber dari Pakatan rakyat tetapi daripada yang mahu meragukan rakyat pada PR. Jangan tanya siapa.

2. Terdapat beberapa masalah dalam portfolio. Teresa Kok diberikan jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Babi. Jelas, ini sarcastic dr pembenci PR.

3. Teresa dan Ramasamy sudah dilantik menjadi EXCO di Selangor dan PPinang. Adalah satu masalah untuk membawa mereka ke Pusat sedangkan jawatan masih dipegang di peringkat negeri.

4. Jawatan Menteri mesti mendapat perkenan Agong. Tidak logik baginda memperkenan TPM negara Cina. Anwar terlalu cerdik untuk tersilap strategi seperti itu.

5. Telah dipersetujui bahawa jawatan menteri di bahagi 4. 25% kepada PAS, 25% kepada DAP, 25% kepada PKR dan 25% kepada MP Lompat. Tetapi tiada MP Lompat di dalam senarai.Yong Teck Lee bukan MP.

6. Dr Azizah tidak akan dilantik menjadi Menteri. Beliau bukan lagi MP.

Ok, selamat Final..

Ahmad Azrain Ahmad Latiffi said...

haih...rahim here at last..welcome to my blog...haha...

1) pada pilihanraya kecil di permatang pauh, gambar seperti ini bukan lagi perkara biasa.

2)sudah masuk paper kot.

3)ak sbnarnya terkejut melihat gambar ini sebenarnya.

4)wahai rahim, xde keje nye BN nk wat gambar seperti ini.

5)tnye la diri sendiri, dimanakah kedudukan kita selepas ini jika kerajaan ni terbentuk? hadi awang hanya menteri biasa?

tu.saje.
akum

CapTaiN mG said...

salam... tumpang mengomen...

1) mn asal senarai kabinet ni kita x leh nk tuduh sape2.. x leh nk kata parti mn... ada juga jenis manusia yg suka nk melaga2kan org lain...

2) kita ni generasi akan datang kita patut bfikir mcmana nk majukan negara kita pada ms depan...

3) isu skrg biarlah dorg2 yang seumur untuk fkrkan apa dorg nk wat untuk negara. dorg akan trun jga akhirnya nnt..

4) terima kasih!

iBNuZaCK said...

1. Bob, 6 perkara yang aku duk bagi kat atas tu sebenarnya untuk membuktikan bahawa shadow kabinet ini BUKAN bersumber dari Pakatan rakyat.

2. Gambar ni sudah lama.Sebelum PRK PP lagi.Sudah diulas dan dinafikan,tapi masih disebar luas. Tak perlu terkejut. Sebab ini bukan sumber dr PR pun. Kalau dari PR, dah lama diumum dalam blog atau web oposisi.

3. Oh ya,aku tak kata pun BN yang buat gambar ni.Haha~ Aku kata mereka yang 'mahu meragukan rakyat pada PR.'. Mungkin ja Saiful Bukhari, Nallakaruppan atau Botak Chin. Atau mungkin penyokong2 PR yang syok sendiri!

4. Aku tak peduli TG Haji Hadi letak di mana. Kalau tak ada dalam kabinet pun tak apa. Yang penting orang yang dilantik boleh menegakkan Islam dalam Malaysia.

5. Janji PAS, andainya kerajaan baru terbentuk dan MP Bukan Islam lebih ramai daripada Mp Islam, PAS akan KELUAR daripada PR.

6. Tanpa PAS,kerajaan baru PR tak akan dibentuk.

7. Kita juga ada strategi untuk pelihara Islam dalam politik. Bukan main suka-suka ikut rakan PR saja..

8. Dah berbulan aku tengok gambar ni, tak ada rasa sikit pun nak komen. Tapi bila kau tulis, aku kena masuk sebab aku sayang kawan- kawan aku. Gambar ni ada versi macam-macam. Ada versi DAP, ada juga versi PAS. Yang versi PAS (TGHH jadi PM) di sini:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16203 .

Tapi itu pun macam yang kau post jugak. Bukan sumber PR. Sumber ntah mana-mana.

9. Jangan mudah percaya dengan sekeping gambar yang entah dari mana asal usulnya. Confirmkan dahulu maklumat, baru kita sebarkan. Itu tanggungjawab blogger. :)


Posa BOb. Jangan ikut Omar monteng. Hihihihi

Ok, I Love U.






But I hate Omar..

Tanpa Nama said...

Tukang punya blog..

Tolong sahihkan dulu maklumat. Sapa sapa pun boleh edit benda ni pakai photoshop.

Btw, aku rasa mungkin penyokong DAP yang buat. Ramai nak mampus MP DAP dalam tu. Bajet la. Depa cuma ada 28 MP. PKR ada 31. Patut PKR la lebih.

Dah la Gwe Bourne jadi Menteri Pendidikan Tinggi. Apa layak mamat tu?

Memang bodola sapa yang edit photoshop ni. Main letak je..