Sunday, August 31, 2008

-Permatang Pauh-

Ni adalah pandangan peribadi saya terhadap pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini.
Seperti mana yang dijangka:
1)Dato' Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar
2)BN kalah!
3)Hanafi pun kalah.
4)Dari sini kita dapat lihat, rakyat mahukan perubahan yang ketara terhadap pentadbiran kerajaan sekarang. Memang tidak dapat dinafikan, ramai pengundi UMNO dan BN mengundi PKR atas dasar undi protes. Mereka mahukan perubahan, dimana pucuk pimpinan kerajaan sekarang yang tidak dipandang masyarakat sekarang sebagai sebuah kerajaan ideal.
5)Tidak semestinya rakyat mahu Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan. Ini adalah sikap rakyat sekarang yang tidak lagi menyokong kuat pentadbiran BN sekarang. Mereka mahu perubahan drastik.
6) BN perlu sedar dan bangun dari tidur. Sudah lama lena dengan mimpi-mimpi yang indah. BN perlu usaha dengan lebih keras untuk masa hadapan. BN merupakan satu pakatan yang kuat suatu ketika dahulu. Kini, goyah sedikit. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti rakyat terhadap BN.Masa untuk kerja keras wahai anggota BN. Kita kuat suatu ketika dahulu, 2/3 majoriti di Parlimen bukan perkara yang sukar suatu ketika dahulu, kini sudah goyah sedikit. Tidak mengapa, masa masih ada, untuk kita renungkan langkah-langkah, idea-idea untuk memperkukuhkan parti.
7) Ini merupakan idea dan pandangan saya terhadap pilihan raya baru-baru ini.
assalamualaikum,
azrain.

No comments: